Susulan daripada sesi perbincangan bersama Koordinator IPC pada 9 Januari 2025, satu lagi perbincangan mengenai National IPC Summit 2025 bersempena World Hand Hygiene Day (WHHD) 2025 telah diadakan pada 6 Februari 2025, jam 2.30 petang melalui platform Google Meet. Mesyuarat ini dihadiri oleh pakar penyakit berjangkit yang bertindak sebagai ahli jawatankuasa bagi persidangan tersebut.
Perbincangan tertumpu kepada perancangan persidangan, termasuk agenda, jumlah peserta, cadangan lokasi, struktur sesi, pemilihan penceramah, serta aspek logistik dan teknikal bagi memastikan kejayaan pelaksanaan acara ini.
Hasil daripada perbincangan ini, diharapkan semua persiapan dapat dijalankan mengikut perancangan dan memastikan National IPC Summit 2025 berjalan dengan lancar. Semua ahli mesyuarat bersetuju untuk bekerjasama bagi menjayakan program ini, dengan harapan acara ini akan memberikan impak besar dalam meningkatkan kesedaran mengenai kawalan infeksi di Malaysia.
