Perbincangan bagi Penyelarasan Tindakan Pelaporan E-Spar bagi Tahun 2025/2026

International Health Regulations (IHR) merupakan suatu instrumen undang-undang antarabangsa yang dipersetujui oleh negara ahli Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), bertujuan untuk mencegah, melindungi, mengawal, dan memberikan respons kesihatan awam terhadap penyebaran penyakit di peringkat antarabangsa.

Bagi tujuan pelaporan, State Party Self-Assessment Annual Reporting (SPAR) digunakan oleh setiap negara untuk melaporkan status kapasiti teras kesihatan awam kepada Perhimpunan Kesihatan Sedunia (WHA) setiap tahun. SPAR mengukur tahap kesediaan negara merentasi pelbagai bidang teknikal (Core Capacities), iaitu C1: Policy, State Party Self-Assessment and Reporting, C2: Financing, C3: IHR Coordination and National IHR Focal Point Functions, C4: Risk Communication and Community Engagement (RCCE), C5: Surveillance, C6: Laboratory, C7: Human Resources, C8: Health Emergency Preparedness, C9: Health Emergency Response Operations, C10: Clinical Case Management, C11: Points of Entry (PoE), C12: Zoonotic Events, C14: Food Safety, C14: Chemical Events, C15: Radiation Emergencies.

Sektor Peraturan Kesihatan Antarabangsa dan Kesihatan Pengembaraan, Bahagian Kawalan Penyakit, KKM telah menyelaras pengisian laporan tahunan SPAR dalam aplikasi, eSPAR bagi tahun 2025. Sesi ini telah dipengerusikan oleh YBrs. Dr. Nor Zahrin binti Hasran, Timbalan Pengarah (Survelan), Bahagian Kawalan Penyakit di Bilik Mesyuarat Stegomyia, Bahagian Kawalan Penyakit dan telah membincangkan  konteks serta justifikasi bagi skor indikator yang ditetapkan. Unit Kawalan Infeksi CPRSK selaku Focal Point Infection Prevention and Control (IPC) dan Water, Sanitation and Hygiene (WASH) telah menjalankan proses penilaian dan pengisian SPAR 2025 bagi komponen IPC dan WASH bersama-sama dengan Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga (BPKK) serta Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan (WASH team).