Mesyuarat Teknikal Pelaksanaan Perkhidmatan Penjagaan Luka di Peringkat Kesihatan Primer 2025 telah diadakan pada 11 Mac 2025 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Bahagian Kawalan Penyakit bagi membincangkan pelaksanaan perkhidmatan penjagaan luka di fasiliti kesihatan primer sepanjang tahun 2024 serta isu-isu berbangkit yang memerlukan perhatian dan penambahbaikan.
Mesyuarat ini turut melibatkan penyertaan daripada pelbagai pihak berkepentingan dalam usaha memperkukuh perkhidmatan penjagaan luka di peringkat akar umbi, khususnya dalam menangani cabaran berkaitan peningkatan kes luka kronik seperti diabetic foot ulcer.
Turut hadir ialah Mr (Dr) Zairuddin bin Abdullah Zawawi selaku pengerusi Jawatankuasa Penjagaan Luka Kebangsaan. Unit Kawalan Infeksi, Cawangan Kualiti Penjagaan Perubatan selaku sekretariat Jawatankuasa Penjagaan Luka Kebangsaan turut dijemput hadir. Dr Sara Sofia Yahya dan Dr Siti Dalilah Meli telah mewakili Dr Nor Farah Bakhtiar ke mesyuarat ini.
Sesi perbincangan berfokus ke arah memperkukuh garis panduan pelaksanaan, latihan berterusan, serta penyelarasan data dan pelaporan perkhidmatan penjagaan luka di fasiliti kesihatan primer.
Mesyuarat ini diharapkan dapat membuka ruang kolaborasi yang lebih kukuh antara pelbagai pihak demi memastikan penyampaian perkhidmatan penjagaan luka yang lebih berkesan, efisien dan holistik di peringkat penjagaan primer.

