Mesyuarat Pengemaskinian Manual Penjagaan Luka Bil 2/2023

Kesinambungan daripada Mesyuarat Semakan Semula Wound Care Manual bil.1/2023, mesyuarat bilangan ke dua telah diadakan di Putrajaya International Convention Centre (PICC) pada 13 dan 14hb Mac 2023. Pembentangan pelbagai topik telah diadakan oleh wakil-wakil perkhidmatan yang berkaitan. Selain konsep asas dan pelbagai kaedah penjagaan luka, topik analgesia in wound care turut dibincangkan. Ianya penting untuk memastikan pengurusan luka yang menyeluruh yang melihat kepada penyembuhan luka serta keadaan pesakit semasa menerima perawatan. Kedua duanya penting bagi meningkatkan Quality of Life individu yang menerima perkhidmatan penjagaan luka yang disediakan di fasiliti penjagaan kesihatan, khususnya di KKM.