Mesyuarat Jawatankuasa Penjagaan Luka Kebangsaan Bil.1/2023

Pada 18 dan 19 Januari 2023 bertempat di Hospital Cyberjaya, Mesyuarat Jawatankuasa Penjagaan Luka Kebangsaan Bil.1/2023 telah diadakan bagi membincangkan isu-isu perkhidmatan penjagaan luka serta pelaksanaan strategi yang telah dibuat pada penghujung tahun lalu. Mesyuarat ini diikuti dengan perbincangan penganjuran 6th National Wound Care Conference yang bakal diadakan pada bulan Jun 2023.
Pada hari kedua, pengemaskinian Wound Care Manual telah diadakan yang melibatkan program hospital dan kesihatan primer dan dihadiri oleh wakil-wakil hampir kesemua disiplin utama yang berkait dengan penjagaan luka. Manual terbaru ini diharap dapat membantu petugas kesihatan dalam memberi perawatan luka yang terbaik kepada pesakit.