Technical Working Group 4 (TWG 4) bawah National Antibiotic Resistance Committee (NARC) merupakan kumpulan kerja teknikal yang bertanggungjawab untuk bidang keutamaan keempat dalam Malaysian Action Plan on AMR 2022-2026 (MyAP-AMR), iaitu penggunaan antimikrob yang sesuai, dengan strategi objektifnya untuk mengoptimumkan penggunaan antimikrob merentas sektor yang berkaitan.
Unit Kawalan Infeksi selaku salah satu ahli dalam TWG 4 telah menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Teknikal (Technical Working Group – TWG) Priority Area 4, National Antimicrobial Resistance Committee Bil. 1/2025 yang dipengerusikan oleh Pengarah Bahagian Amalan dan Perkembangan Farmasi KKM.
Mesyuarat yang terdiri daripada wakil-wakil daripada jabatan-jabatan yang merangkumi sektor kesihatan dan manusia serta Kementerian Pengajian Tinggi dan persatuan profesional pengamal perubatan dan farmasi telah membincangkan pencapaian aktiviti TWG 4 oleh pemegang taruh, termasuklah aktiviti dan status pelaksanaan sepanjang tahun 2024.
Tadbir urus yang menyeluruh dan melibatkan semua pemegang taruh adalah elemen penting dalam pelaksanaan aktiviti mengekang penularan AMR dengan menggunakan pendekatan One Health. Pemantauan berkala dapat mengenalpasti dengan lebih awal cabaran dalam pelaksanaan aktiviti-aktiviti di pelbagai sektor serta menambah baik strategi pelaksanaan dari semasa ke semasa.