Management Of Carbapenem Resistant Enterobacteriaceae (CRE) In Healthcare Setting Bagi Zon Timur

Pada 15 Jun 2023, Unit Kawalan Infeksi, Cawangan Kualiti Penjagaan Perubatan, Bahagian Perkembangan Perubatan dengan kerjasama Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) telah menganjurkan Bengkel “Management Of Carbapenem Resistant Enterobacteriaceae (CRE) In Healthcare Setting” Bagi Zon Timur yang bertempat di Auditorium ACC, HSNZ, Kuala Terengganu.

Bengkel ini adalaj merupakan siri yang ketiga dijalankan pada tahun ini selepas Zon Tengah dan Zon Selatan. Ianya merupakan salah satu aktiviti susulan penerbitan manual pengurusan CRE di fasiliti kesihatan pada 2019.

Sebanyak 112 orang peserta telah hadir yang terdiri daripada pakar perubatan, pegawai perubatan dan jururawat daripada hospital-hospital KKM dan hospital-hospital universiti dari sekitar negeri Terengganu, Kelantan dan Pahang.

Objektif bengkel ini adalah untuk memberi pendedahan dan memperkukuhkan pengetahuan anggota kesihatan berkaitan pengurusan kes CRE termasuk aktiviti pencegahan dan kawalan infeksi, strategi survelan, pengawalan wabak serta kaedah pengujian makmal di hospital.

Semoga ilmu yang dikongsi dapat diamalkan dengan baik dalam usaha kita bersama mengawal penyebaran kes CRE serta mengelakkan kejadian wabak di hospital.