Mesyuarat tahunan ini dianjurkan oleh MyOHUN bertujuan untuk membincangkan mengenai projek- projek One Health yang didanai oleh MyOHUN termasuk projek Antimicrobial Resistance (AMR). Wakil daripada Unit Kawalan Infeksi telah menghadiri dan membentangkan projek yang telah dijalankan iaitu Training the Trainers: Program Kesedaran Awam One Health Antimicrobial Resistance.
Mesyuarat turut membincangkan mengenai program- program One Health dan perancangan bagi Tahun 4 One Health Workforce-Next Generation (OHW-NG) yang akan dijalankan pada tahun 2023.
Mesyuarat tahunan ini juga berfungsi sebagai landasan bagi ahli-ahli MyOHUN untuk berbincang dan bekerjasama mengenai isu-isi terkini melibatkan isu One Health.


