High-Level Conference on Universal Health Coverage in an Era of Antimicrobial Resistance and Pandemics

21-22 Februari 2023
High-Level Conference on Universal Health Coverage in an Era of Antimicrobial Resistance and Pandemics
Tokyo Station Hotel, Tokyo Jepun.

Pada 21 hingga 22 Februari 2023, Dr Noor Amelia Abd Rasid selaku wakil Program Antimicrobial Resistance (AMR) telah mendapat tajaan daripada Asia Europe Foundation, Ministry of Foreign Affairs Japan dan AMR Clinical Reference Centre bagi menghadiri High-Level Conference on Universal Health Coverage in an Era of Antimicrobial Resistance and Pandemics di Tokyo, Jepun.

Mesyuarat ni telah dihadiri oleh 60 wakil daripada rantau Asia dan Eropah bagi membincangkan mengenai agenda Antimicrobial Resistance dalam sistem kesihatan serta kesiapsiagaan pandemik ke arah Universal Health Coverage yang lebih mampan. Hasil daripada mesyuarat ini akan digunakan sebagai cadangan untuk dikemukakan di Mesyuarat G7 yang akan diadakan di Jepun tahun ini dan di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.