Eighth Quarterly Virtual Meeting of the ASEAN-US Infection Prevention and Control Task Force 

Eighth Quarterly Virtual Meeting of the ASEAN-US Infection Prevention and Control Task Force 

Pada 25 Februari 2026, ASEAN-US IPC Task Force telah ditubuhkan di bawah ASEAN Health Cluster 2 (AHC 2) dengan kerjasama US Centers for Disease Control and Prevention (US CDC). Matlamat utama pasukan ini adalah untuk memperkukuh program pencegahan dan kawalan infeksi di Asia Tenggara melalui pelaksanaan pelbagai aktiviti teknikal dan kolaborasi serantau.

Sejak penubuhannya pada Mei 2023, pasukan ini telah berjaya melaksanakan ASEAN-US IPC Task Force Work Plan 2023–2025 yang merangkumi pengurusan Carbapenem-Resistant Organisms dan menangani jurang IPC di ASEAN Member States (AMS).

Mesyuarat ini bertujuan untuk memberi maklumat terkini mengenai aspek pengurusan, mengemaskini status aktiviti serta merangka langkah seterusnya, serta membincangkan draf kemas kini Work Plan 2023–2025. Peserta mesyuarat terdiri daripada ahli Task Force dan US CDC bersama-sama dengan Sekretariat ASEAN dan Health Security Partners (HSP).

Mesyuarat telah membincangkan pelan tindakan bagi aktiviti berbaki berdasarkan Work Plan 2023–2025 dan mengesahkan Work Plan 2026–2030 yang akan dibawa ke mesyuarat SOMHD dan AHMM pada September 2026.