Pada 4 September 2023, bertempat di Everly Hotel Putrajaya telah berlangsung AMR Outbreak Response in Hospital Settings Train-the Trainer Workshop yang telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Dr Asmayani Khalib, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) mewakili Kementerian Kesihatan Malaysia.
Bengkel ini adalah anjuran Unit Kawalan Infeksi, Cawangan Kualiti Penjagaan Perubatan, Bahagian Perkembangan Perubatan, KKM dengan kerjasama World Health Organization (WHO) Country Office Malaysia and WHO Regional Office for the Western Pacific (WPRO).
Bengkel yang akan dijalankan selama 2 setengah hari ini, bertujuan untuk untuk mempelajari komponen penting dalam penyiasatan wabak dan menggunakan epidemiologi deskriptif untuk mengukuhkan kapasiti tindak balas wabak AMR dalam hospital. Selain daripada Pakar Perubatan Penyakit Berjangkit dan Pakar Mikrobiologi dari Malaysia yang dijemput sebagai penceramah, Dr Takuya Yamagishi (Chief WHO Collaborative Centre for AMR Surveillance and Research, National Institute of Infectious Disease Tokyo, Japan), Dr Takeshi Nishijima (Technical Officer on AMR dari WPRO) dan Dr Sophie Dennis (Consultant dari WPRO) turut dijemput sebagai penceramah dalam bengkel tersebut.
Bengkel ini dihadiri oleh peserta dari hospital seluruh Malaysia yang terdiri daripada Pakar Perubatan Penyakit Berjangkit, Pakar Mikrobiologi, Pegawai Perubatan Kawalan Infeksi dan Jururawat Kawalan Infeksi.