Mesyuarat Kedua ASEAN One Health Network

Filipina telah mempengerusikan Second ASEAN One Health Network (AOHN) Meeting bersama-sama Malaysia dan Singapura secara dalam talian dari 14 hingga 16 Julai 2026, dengan menghimpunkan para delegasi daripada ASEAN Member States, ASEAN Secretariat, ASEAN Centres, dan organisasi rakan kongsi. Antara perkara utama yang dibincangkan termasuklah pembentangan mengenai ASEAN Regional Priority Pathogen List, Strategic Dialogue berkaitan Priority Zoonotic Diseases dan Safe, Sustainable, and Resilient Food Systems, serta status kemas kini pelan pelaksanaan ASEAN Strategic Framework to Combat Antimicrobial Resistance (ASF-AMR) Implementation Plan (2026–2030) serta di samping status kemas kini ASEAN One Health Joint Plan of Action (AOHJPA).  

Perbincangan seterusnya memberi penekanan kepada pembangunan One Health workforce, pembiayaan strategik, dan perancangan jangka panjang untuk memperkukuh kerjasama serantau. Platform ini juga memerikan peluang kerjasama dengan rakan strategik seperti Quadripartite, UK, Australia Mission to ASEAN, JICA, SEAOHUN, dan ERIA. Sesi penutup membentangkan kekuatan dan cabaran serantau, serta menggariskan persetujuan bersama dan hala tuju bagi memajukan agenda One Health di rantau ini.

Mesyuarat telah mengambil maklum akan pencapaian Malaysia, iaitu kejayaan pelaksanaan pelbagai sektor melalui pendekatan One Health dalam pengurusan COVID-19, kawalan jangkitan rabies, AMR, dan kerjasama awam-swasta, dalam pada masa yang sama memberi keutamaan kepada pembangunan tenaga kerja dan kerjasama serantau ASEAN yang lebih kukuh bagi menangani ancaman kesihatan merentasi sempadan.