Mesyuarat keempat Hyperbaric Oxygen Therapy (HBOT) telah diadakan di Bangunan Utama Chancery Place, Putrajaya bagi memuktamadkan draf National Guideline of Hyperbaric Oxygen Therapy in Healthcare Facilities and Services in Malaysia. Garis panduan ini bertujuan untuk memastikan aspek keselamatan serta mekanisme kawal selia dipatuhi, memandangkan perkhidmatan ini melibatkan persekitaran bertekanan tinggi serta penggunaan peralatan khusus.
Mesyuarat telah dihadiri oleh wakil daripada Cawangan Perkembangan Perkhidmatan Perubatan, Cawangan Penilaian Teknologi Kesihatan, Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia, Hospital Angkatan Tentera, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan serta pelbagai perkhidmatan klinikal serta Healing Chambers of Asia.


