Pada 8 Julai 2026, Dr Sara Sofia binti Yahya telah hadir dalam mesyuarat dalam talian, Summary and follow-up from the 8th Virtual Meeting of the IPC Task Force (February-June 2026) and Updates on the status of ASEAN-US IPC Task Force Work Plan Activities and Next steps. Dalam mesyuarat tersebut, beliau telah membentangkan status semasa projek demonstrasi yang dijalankan secara kerjasama ASEAN-US, iaitu satu projek rintis IPC bawah Aktiviti 8, dalam ASEAN Health Cluster 2.
Antara perkara yang telah dimaklumkan adalah mengenai analisa maklum balas daripada hospital-hospital yang terlibat dalam projek rintis, penambahbaikan yang dibuat berdasarkan maklum balas tersebut, serta pemurnian dokumen. Seterusnya, mesyuarat bersetuju untuk mendapatkan kelulusan bagi dokumen projek, Hand and Environmental Hygiene project package.


