Jawatankuasa One Health Kebangsaan merupakan satu platform penyelarasan merentas sektor yang perlu diwujudkan secara rasmi bagi melaksanakan pendekatan One Health, bertujuan untuk mengukuhkan kolaborasi dalam menangani isu rentas sektor melibatkan kesihatan manusia, haiwan dan alam sekitar.
Sejak tahun 2024, KKM telah menerajui penyelarasan penubuhan jawatankuasa ini di peringkat kebangsaan, susulan keputusan Mesyuarat Majlis Biodiversiti Negara Kedua. Cadangan struktur dan terma rujukan Jawatankuasa One Health Kebangsaan seterusnya telah dipersetujui dalam Mesyuarat Majlis Biodiversiti Ke-tiga baru-baru ini. Kini, Bahagian Kawalan Penyakit KKM sedang dalam proses menyediakan draf memorandum kepada Majlis Jemaah Menteri untuk mencadangkan penubuhan Jawatankuasa One Health Kebangsaan serta tadbir urus yang berkaitan dengannya.
Mesyuarat kali ini bertujuan memperincikan terma rujukan Jawatankuasa One Health Kebangsaan yang akan disertakan dalam memorandum kepada Majlis Jemaah Menteri tersebut. Jawatankuasa kerja ini terdiri daripada pelbagai kementerian termasuk KKM, KPKM, NRES, KPKT, KPT, MOSTI dan PETRA. Unit Kawalan Infeksi yang juga merupakan salah satu Ahli Jawatankuasa Kerja One Health Kebangsaan telah terlibat dalam memperhalusi terma rujukan Jawatankuasa Teknikal One Health Kebangsaan, yang akan dianggotai oleh National Antimicrobial Resistance Committee.
Selain itu, pelan komunikasi bagi memaklumkan penubuhan Jawatankuasa One Health Kebangsaan telah turut dibincangkan dalam mesyuarat ini, salah satunya untuk memastikan penyampaian maklumat yang akan dilaksanakan melalui interaksi langsung, platform media cetak, media massa dan media sosial difahami oleh masyarakat umum kelak.
