Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Teknikal (Technical Working Group-TWG) Kumpulan 2  di bawah Malaysian Action Plan on Antimicrobial Resistance (MyAP-AMR) Tahun 2025

Mesyuarat telah diadakan pada 4 September 2025 (Khamis), dari 2.30 petang hingga 5.30 petang bertempat di Bilik Mesyuarat Acacia, Wing 2, Aras 4, Program Keselamatan dan Kualiti Makanan, Menara Prisma, Presint 3, Putrajaya.

Tujuan mesyuarat ini adalah untuk membincangkan status pencapaian pelaksanaan Malaysian Action Plan on Antimicrobial Resistance (MyAP-AMR) 2022-2026 serta isu-isu berkaitan di bawah Technical Working Group (TWG) 2: Surveillance and Research melibatkan sektor keselamatan makanan, kesihatan haiwan dan pertanian.

Mesyuarat telah dihadiri oleh wakil-wakil daripada pelbagai agensi yang berkaitan, termasuk sektor kesihatan manusia, keselamatan makanan, kesihatan haiwan dan pertanian. Antara perkara yang dibincangkan adalah perkembangan aktiviti pemantauan AMR dan penggunaan antimikrob di setiap sektor, cabaran pelaksanaan di peringkat lapangan, serta keperluan penyelarasan data dan laporan bagi memastikan keberkesanan sistem One Health Surveillance negara.

Hasil daripada perbincangan, beberapa tindakan susulan telah dikenalpasti bagi memperkukuh pelaksanaan inisiatif di bawah TWG 2, termasuk penambahbaikan mekanisme pelaporan, pengukuhan kolaborasi antara agensi, dan pelaksanaan penyelidikan berimpak tinggi untuk menyokong objektif MyAP-AMR 2022-2026.