Mesyuarat teras ASEAN–US Infection Prevention and Control (IPC) Task Force bagi Aktiviti 8: Demonstration Project dan Proses Keutamaan telah diadakan pada 4 September 2025.
Mesyuarat ini membincangkan draf pakej projek demonstrasi untuk hospital yang akan mengambil bahagian, termasuk alat Hand Hygiene Self-Assessment Framework (HHSAF) dan Healthcare Environmental Hygiene Self-Assessment Framework (HEHSAF), serta Prioritization matrix yang dibangunkan berdasarkan sumbangan core group dan ahli Task Force yang lebih luas. Matriks tersebut turut mengambil kira dapatan daripada Activity 5 IPC Landscape Assessment dan mencadangkan skor “urgency” bagi membantu proses penetapan keutamaan topik.
Mesyuarat dihadiri oleh wakil dari Kementerian Kesihatan Malaysia, US Centers for Disease Control and Prevention (US CDC), ASEC, serta HSP-TSEC. Perbincangan ditumpukan kepada pemurnian dokumen projek dan penjadualan mesyuarat susulan antara akhir September hingga pertengahan Oktober 2025.

