Stakeholder Webinar on Preliminary findings for TRIuMPH (Tripartite Integrated Protocol for Global Surveillance of Carbapenemase-Producing Enterobacterales – CPE) Project 

Projek TRIuMPH (Tripartite Integrated Protocol for Global Surveillance of Carbapenemase-Producing Enterobacterales – CPE) merupakan inisiatif antarabangsa yang bertujuan memperkukuh sistem survelan Antimicrobial resistance (AMR) secara bersepadu merentasi sektor manusia, haiwan dan alam sekitar.

Melalui pendekatan “One Health”, TRIuMPH menyediakan protokol standard dan alatan bioinformatik bagi analisis jujukan genom penuh (whole genome sequencing) untuk mengenal pasti dan menjejak pola penyebaran bakteria tahan antibiotik secara global.

Protokol ini dibangunkan berasaskan kepada protokol WHO “Tricycle”, yang memfokus kepada survelan ESBL-producing E. coli di ketiga-tiga sektor — manusia, haiwan dan persekitaran.

Protokol TRIuMPH telah dipilotkan di tiga negara, iaitu Madagascar, Malaysia dan Pakistan, di mana data awal telah berjaya diperoleh berkenaan prevalens CPE dalam pelbagai persekitaran. Hasil ini menunjukkan potensi besar penggunaan pendekatan standard global bagi pemantauan AMR yang komprehensif.

Sesi webinar ini diadakan bagi:

  1. Memperkenalkan projek TRIuMPH, metodologi dan latihan yang dijalankan.
  2. Membentangkan pengalaman pelaksanaan survelan “One Health” di ketiga-tiga negara perintis.
  3. Mendapatkan maklum balas daripada wakil pemegang taruh kebangsaan.
  4. Menerima maklum balas WHO serta membincangkan langkah seterusnya dalam memperkukuh survelan AMR One Health.

Unit Kawalan Infeksi telah dijemput bagi menghadiri sesi webinar ini sebagai wakil Kementerian Kesihatan Malaysia bagi memberikan input dan langkah yang akan dilakukan hasil dapatan kajian ini.