27 OGOS 2025SESI PEMBENTANGAN PRODUK E-HOCL (ELECTROCYN SOMA DAN ELECTROCYN HYDROGEL)27 OGOS 2025

Pada 27 Ogos 2025, wakil Syarikat V3bio Sdn. Bhd. telah hadir ke Bilik Mesyuarat Cawangan Pengurusan Risiko dan Survelan Klinikal bagi pembentangan produk e-HOCI (Electrocyn Soma dan Electrocyn Hydrogel), produk penjagaan luka terkini “Modern Dressing”.

ELECTROCYN hydrogel is a ready-to-use, clear bioactive hydrogel for primary dressing and moistening of acute and chronic wounds such as diabetic foot ulcer, pressure ulcer, venous leg ulcer, cuts, lacerations, abrasions, surgical wounds and burns (1st and 2nd degree). ELECTROCYN™ soma is an electro-activated super oxidized water based solution (EASW) for cleansing, irrigation and debriding of wound. This advanced wound care solution can be applied on all types of acute and chronic wounds.

Pembentangan ini telah turut dihadiri oleh wakil daripada Cawangan Penilaian Teknologi Kesihatan bagi memastikan proses penilaian produk dapat dijalankan secara menyeluruh dan telus.  Susulan pembentangan ini, Unit Kawalan Infeksi selaku Sekretariat Jawatankuasa Penjagaan Luka Kebangsaan akan menyelaras input teknikal daripada pelbagai jabatan di peringkat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi penyediaan maklum balas kepada pihak syarikat.