MESYUARAT CADANGAN PROJEK PERINTIS BAGI PRODUK BIORISM UNTUK KEGUNAAN DISINFEKSI PERMUKAAN DI HOSPITAL SULTAN ABDUL HALIM, KEDAH

Pada 20 Ogos 2025, bertempat di Bilik Mesyuarat Perancangan, Blok E3, Unit Kawalan Infeksi telah dijemput oleh Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan bagi mewakili Bahagian Perkembangan Perubatan dalam menghadiri Mesyuarat Cadangan Projek Perintis bagi Produk Biorism 360° untuk kegunaan disinfeksi permukaan di Hospital Sultan Abdul Halim, Kedah.

Biorism 360°, yang dihasilkan oleh syarikat tempatan Biorism Holdings Sdn. Bhd., adalah produk disinfektan tempatan yang bertindak sebagai biocidal dan biostatic, terbukti berkesan >99.9999% terhadap pelbagai mikroorganisma termasuk MDRO paling tahan. Produk ini memberi perlindungan jangka panjang 48 jam hingga 7 hari, mengurangkan kekerapan aplikasi dan kos, serta serbaguna digunakan pada permukaan berliang/tidak berliang, linen dan tekstil. Ia juga mesra alam, biokompatibel, menggunakan bahan kimia minimum dan selamat untuk kulit, menjadikannya sesuai untuk orang dewasa, kanak-kanak dan haiwan peliharaan.Mesyuarat ini telah diadakan untuk membincangkan proposal dan kebolehlaksanaan (feasibility) bagi menjalankan kajian persekitaran sebenar di hospital. Kajian ini bertujuan menyokong dapatan in vivo sedia ada, khususnya dalam membuktikan keberkesanan produk dalam membantu memerangi isu kerintangan antibiotik (AMR). Lanjutan daripada mesyuarat ini, satu mesyuarat melibatkan pihak syarikat dan pentadbiran Hospital Sultan Abdul Halim, Kedah akan diadakan bagi membincangkan selanjutnya berkenaan projek rintis tersebut.