Mesyuarat Pembukaam Rasmi Pegawai Kanan Pembangunan Kesihatan ASEAN ke-19 (19th SOMHD) dan Mesyuarat Berkaitan

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah dilantik sebagai tuan rumah bagi 19th Senior Officials Meeting on Health Development (SOMHD) dan mesyuarat berkaitan yang berlangsung selama lima hari berturut-turut dari 30 Jun hingga 4 Julai 2025 di Hotel Sheraton, Petaling Jaya, Selangor. Mesyuarat ini menghimpunkan pegawai kanan kesihatan dari negara-negara ASEAN dan rakan kerjasama serantau (Plus Three dan dialog lain) bagi membincangkan isu-isu kesihatan serantau.

Objektif mesyuarat adalah bagi;

  • Menyemak kemajuan pelaksanaan keutamaan kesihatan ASEAN.
  • Mengukuhkan kerjasama antara negara-negara ASEAN dalam bidang kesihatan awam.
  • Membincangkan program bersama dengan rakan dialog seperti China, Jepun, Republik Korea (ROK), United Kingdom dan Amerika Syarikat.
  • Meningkatkan sinergi dalam kesiapsiagaan, respons bencana, keselamatan kesihatan dan sistem penjagaan kesihatan serantau.

Mesyuarat telah dihadiri oleh pegawai kanan dari pelbagai bahagian KKM termasuk Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah, Pengarah Bahagian Kawalan Penyakit, Bahagian Pembangunan Kesihatan Awam, Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, dan wakil dari program kesihatan utama (AMR, HIV/STI, UHC, mental health, TCM, dsb.), Rapporteur dan focal point dari ASEAN Health Cluster 1–4 dan sub-kluster keutamaan kesihatan ASEAN (HP1–HP21) serta pegawai ASEAN Secretariat serta wakil dari negara-negara anggota dan rakan kerjasama ASEAN Plus.

Pada 30 Jun 2025, Majlis perasmian 19th SOMHD, telah diadakan di Hotel Sheraton, Petaling Jaya, Selangor. Majlis perasmian dihadiri Pegawai Kanan Negara Anggota ASEAN, dan ucapan disampaikan oleh YBhg. Datuk Dr. Nor Fariza Ngah (Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan dan Sokongan Klinikal) dan H.E San Lwin, Timbalan Ketua Setiausaha ASCC.

Penganjuran mesyuarat ini mencerminkan komitmen Malaysia dalam memacu pembangunan kesihatan serantau dan memperkukuh kerjasama pelbagai hala di bawah platform ASEAN. Peranan aktif pegawai-pegawai KKM sebagai focal point dan rapporteur menunjukkan penglibatan strategik dalam usaha menangani cabaran kesihatan semasa dan akan datang.