Pada 26 Jun 2025, suatu perbincangan antara sekretariat dan Technical Working Group Priority Area 4 (TWG 4: Appropriate Use of Antimicrobials) National Antimicrobial Resistance Committee (NARC) telah diadakan di ProtectHealth Corporation Sdn. Bhd. Perbincangan ini merupakan susulan daripada mesyuarat pelbagai pihak berkepentingan bagi membincangkan isu kerintangan antimikrob (AMR) dalam sektor kesihatan manusia yang telah diadakan pada 9 April 2025, di mana ahli mesyuarat telah mencadangkan agar usaha untuk menggalakkan penggunaan antibiotik yang optimum di fasiliti kesihatan swasta dipertingkatkan.
Perbincangan tersebut telah dimaklumkan mengenai inisiatif yang dilaksanakan oleh Health Advocacy Department, ProtectHealth Corporation Sdn. Bhd. di klinik swasta bawah Skim Perubatan Madani, serta inisiatif yang dijalankan di peringkat Program Kesihatan Awam dan Program Perkhidmatan Farmasi, sebagai perkongsian kepakaran dan pengalaman daripada kedua-dua belah pihak pelaksana aktiviti berkaitan Appropriate Use of Antimicrobials di fasiliti kesihatan awam dan swasta.
Selaku penyedia perkhidmatan perubatan yang penting dalam negara, klinik perubatan swasta diharapkan akan dapat memainkan peranan dalam mengurangkan beban AMR negara, selain dapat mendidik orang awam dalam penggunaan antimikrob yang betul.

