Institute for Clinical Research merupakan satu daripada 6 fasiliti Institut Kesihatan Negara (NIH) yang menerajui bidang penyelidikan negara seperti latihan, sokongan pengurusan data dan tadbir urus dalam kajian klinikal negara. Peranan dan fungsi ICR ini menyokong fungsi Unit Kawalan Infeksi, Bahagian Perkembangan Perubatan selaku pembuat polisi, serta membantu pengurusan tertinggi dalam membuat keputusan strategik berkaitan pembahagian sumber dalam menggerak inisiatif AMR.
Salah satu kajian yang diusahakan secara kerjasama Unit Kawalan Infeksi dengan ICR bertajuk Readmissions, Mortality and Costs associated with AMR in Malaysia (RACE), dengan objektif utama kajian untuk mengenalpasti kadar kematian dan kemasukan semula ke hospital akibat daripada jangkitan AMR. Perbincangan pada kali ini adalah untuk membuat penambahbaikan kertas kerja hasil daripada cadangan daripada semakan dalaman (Internal Review) di peringkat NIH, dengan matlamat agar kajian masih boleh dicapai dalam tempoh masa yang ditetapkan.
Dengan kepakaran analitik ICR, diharapkan data survelan MDR yang dijalankan oleh Unit Kawalan Infeksi di lapangan dapat dimanfaatkan untuk pengukuhan aktiviti fasiliti dalam pencegahan dan kawalan infeksi, seterusnya mempertingkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan secara amnya.

