ASEAN One Health Network (AOHN) merupakan rangkaian yang diwujudkan di peringkat rantau ASEAN semenjak tahun 2024 bagi pelaksanaan One Health Initiative susulan daripada ASEAN Leader’s Declaration on One Health Initiative pada 10 Mei 2023 yang dipersetujui dalam 42nd ASEAN Summit.
Selaras dengan ASEAN One Health Joint Plan of Action (AOH JPA), untuk julung-julung kalinya, Mesyuarat Serantau Rangkaian One Health ASEAN Pertama (1st ASEAN One Health Network Meeting) akan diadakan, dengan objektif untuk memperkukuhkan kerjasama pelbagai sektor dalam One Health Initiative di kalangan ASEAN Member States (AMS). Selaku kepengerusian ASEAN 2025, Malaysia telah dilantik sebagai Lead Co-Chair dalam AOHN dan akan menjadi tuan rumah untuk mesyuarat ini.
Sehubungan itu, mesyuarat penyelarasan yang mengumpulkan wakil daripada pelbagai kementerian dan agensi yang terlibat dalam One Health Initiative bagi memastikan kejayaan pelaksanaan mesyuarat telah diadakan di Bilik Mesyuarat CPRC dan dipengerusikan oleh Pengarah Bahagian Kawalan Penyakit, Program Kesihatan Awam.
Penglibatan anggota melalui platform sebegini merupakan peluang bagi anggota untuk meningkatkan pendedahan terhadap isu-isu yang dibincangkan di peringkat serantau, serta melatih anggota dalam melaksanakan program merentasi pelbagai sektor.

