5th Quarterly Virtual Meeting of the ASEAN-US Infection Prevention and Control Task Force

Pengukuhan program kawalan infeksi di rantau ASEAN dilaksanakan melalui pembentukan ASEAN-US IPC Task Force dengan kerjasama ASEAN Health Cluster 2 (AHC 2), Responding to All Hazards and Emerging Threats dan US Centres for Disease Control and Prevention (US CDC) dan diperakui oleh ASEAN Member State (AMS) dalam Senior Officials Meeting on Health Development (SOMHD).

Task Force ini merupakan penggerak aktiviti bawah Work Programme 2021–2025 of AHC 2 dan ASEAN-US IPC Task Force 2023–2025 Work Plan yang telah bermula secara rasmi semenjak Mei 2023. Negara-negara peneraju (lead country) bagi pelaksanaan aktiviti pelan kerja teknikal ialah Kemboja (Aktiviti 5), Singapura (Aktiviti 6), Indonesia (Aktiviti 7), dan Malaysia (Aktiviti 8).Pada 18 Jun 2025, mesyuarat 5th Quarterly Virtual Meeting of the ASEAN-US Infection Prevention and Control Task Force telah diadakan secara dalam talian. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Thailand bersama US CDC dan dihadiri oleh ahli ASEAN Health Cluster 2, sekretariat dan wakil daripada Health Security Partners bertujuan untuk mengemaskini aktiviti bawah rangka kerja bagi tempoh 2023-2025 dan membangunkan deraf bagi ASEAN-US PIC Task Force Work Plan pasca 2025. Ini merupakan mesyuarat kelima yang turut merupakan platform perkongsian antara AMS mengenai program kawalan infeksi.