Unit Kawalan Infeksi, Bahagian Perkembangan Perubatan selaku sekretariat Jawatankuasa National Antimicrobial Resistance Committee (NARC), telah mengadakan satu sesi perbincangan bersama wakil dari Unit Komunikasi Korporat (UKK) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Keterlibatan pihak UKK adalah selaku ahli bagi Technical Working Group 1 (TWG 1) NARC yang memfokuskan kepada Public Awareness and Education.
Sesi perbincangan yang dihadiri oleh Puan Jennifer dari pihak UKK ini bertujuan untuk membentangkan cadangan penganjuran program libat urus media sempena sambutan World AMR Awareness Week (WAAW) bagi tahun 2025. Cadangan ini merupakan usaha berterusan untuk meneruskan kejayaan program sama yang telah dianjurkan pada tahun 2024.Bagi penganjuran akan datang, satu cadangan kolaborasi strategik bersama pihak British High Commission Kuala Lumpur turut dikemukakan untuk perbincangan lanjut. Pihak sekretariat amat berharap agar perbincangan ini mendapat sokongan padu daripada UKK dalam merealisasikan sebuah lagi program kesedaran awam berimpak tinggi bagi menangani ancaman Kerintangan Antimikrob (AMR) di negara ini.


