Selaku urus setia kepada Jawatankuasa Penjagaan Luka Kebangsaan, Unit Kawalan Infeksi telah mengadakan satu Mesyuarat Persediaan dan Lawatan Tapak bagi 7th National Wound Care Conference 2025 pada 12 Jun 2025 bertempat di Setia SPICE Convention Centre, Pulau Pinang.
Mesyuarat ini telah dihadiri oleh ahli-ahli Jawatankuasa Penjagaan Luka Kebangsaan, jawatankuasa penganjur tempatan dari Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang serta wakil dari syarikat pengurusan acara DREAMZ Event Manager Sdn. Bhd.
Tujuan utama mesyuarat ini adalah untuk membincangkan secara terperinci perjalanan persidangan yang dijadualkan berlangsung pada 14 hingga 16 Julai 2025, termasuklah pengesahan aturcara, pengurusan logistik, susun atur dewan, pendaftaran peserta, serta pelaksanaan sesi-sesi persidangan dan bengkel. Segala aspek persediaan telah diteliti dan dibincangkan bagi memastikan kelancaran persidangan kelak.
Selain itu, sesi lawatan tapak turut dijalankan bagi memberi peluang kepada semua ahli jawatankuasa melihat sendiri fasiliti dan kemudahan yang disediakan di lokasi persidangan. Lawatan ini juga membolehkan perbincangan secara langsung di lokasi sebenar terutamanya bagi menyelaras perancangan sesi pre conference yang akan melibatkan demonstrasi dan hands-on bersama fasilitator klinikal.
Secara keseluruhannya, mesyuarat dan lawatan tapak ini telah berjaya mencapai objektifnya dalam memastikan segala persediaan berada pada landasan yang betul menuju hari persidangan.




