Mesyuarat Perbincangan status terkini aktiviti ASEAN Health Cluster 2

Pada 30 Mei 2025, Unit Kawalan Infeksi yang diwakili oleh Dr. Nor Farah Bakhtiar selaku Focal Point AMR bersama Dr. Sara Sofia Yahya dan Dr. Farah Syazana Aspar telah menghadiri Mesyuarat Perbincangan status terkini aktiviti ASEAN Health Cluster 2: Responding to All Hazards and Emerging Threats (AHC 2) bersama Focal Point secara dalam talian yang dipengerusikan oleh Dr. Nor Zahrin binti Hasran, Timbalan Pengarah Kawalan Penyakit (Survelan), Bahagian Kawalan Penyakit, KKM

Ahli mesyuarat telah dimaklumkan mengenai aktiviti AHC 2 yang disertai oleh Malaysia, seperti berikut:

·         Mesyuarat, bengkel dan program yang dijalankan sempena kepengerusian Malaysia dalam ASEAN Senior Officials’ Meeting on Health Development (SOMHD).

·         Pembangunan dokumen ASEAN AMR Monitoring & Evaluation bawah Health Priority 11: Combating AMR, projek yang diterajui oleh Thailand dan Singapura akan diterbitkan dalam laman sesawang ASEAN selepas mendapat kelulusan SOMHD.

·         Projek yang dilaksanakan bawah ASEAN IPC Task Force, ASEAN Centre for Public Health Emergencies and Emerging Diseases (ACPHEED) bawah Health Priority 8: Prevention and Control of Communicable Diseases, Emerging Infectious Diseases and Neglected Tropical Diseases, iaitu Landscape Assessment of National Infection Prevention and Control Programs in ASEAN Member State dan Rapid assessment of capacities to prevent, detect, and respond to carbapenem-resistant organisms (CROs) in the Southeast Asia Region yang masing-masing diterajui oleh Cambodia dan Singapura.