MESYUARAT PERSEDIAAN BAGI JAWATANKUASA KAWALAN INFEKSI DAN ANTIBIOTIK KEBANGSAAN (JKKIAK)

MESYUARAT PERSEDIAAN BAGI JAWATANKUASA KAWALAN INFEKSI DAN ANTIBIOTIK KEBANGSAAN (JKKIAK)

Satu mesyuarat persediaan telah dijalankan secara dalam talian pada Selasa, 27 Mei 2025, sebagai persiapan bagi Mesyuarat Jawatankuasa Kawalan Infeksi dan Antibiotik Kebangsaan (JKKIAK) yang dijadualkan pada 20 Jun 2025. Mesyuarat persediaan ini dianjurkan oleh Unit Kawalan Infeksi selaku sekretariat bersama pihak Program Perkhidmatan Farmasi.

Dalam mesyuarat ini, telah dibincangkan pembentangan, isu-isu, dan cadangan penambahbaikan untuk dikemukakan dalam mesyuarat JKKIAK akan datang. Perbincangan ini merangkumi hasil dapatan survelan dan audit berkaitan kes Hospital Acquired Multidrug Resistant Organisms (MDROs), laporan survelan makmal bagi MDROs, data penggunaan antimikrobial, serta isu-isu berbangkit lain dan perancangan aktiviti di masa hadapan. Selain itu, mesyuarat turut memuktamadkan agenda bagi Mesyuarat JKKIAK yang akan diadakan tersebut.

Mesyuarat tersebut telah dihadiri oleh Ketua Kepakaran Penyakit Berjangkit, Ketua Unit Bakteriologi, Institut Penyelidikan Perubatan (IMR), wakil koordinator Kawalan Infeksi Negeri, wakil hospital universiti, wakil Program Perkhidmatan Farmasi dan Unit Kawalan Infeksi.