Pada 21 Mei 2025, YBhg. Dato’ Dr. Mohd Azman bin Yacob, Pengarah Perkembangan Perubatan telah menyampaikan ucapan pembukaan untuk bengkel National Landscaping Workshops for Situation Analysis and Strengthening of One Health Integrated Surveillance of AMR and AMU. Bengkel ini merupakan anjuran Food and Agriculture Organization (FAO) dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia, World Health Organization (WHO) , dan World Organisation for Animal Health (WOAH) di bawah Regional Tripartite AMR Project yang dibiayai European Union (EU) . Bengkel ini adalah susulan daripada bengkel Regional Benchmarking Workshop on AMR Surveillance in Human Health, Animal Health and Environment Sectors yang telah diadakan pada Mei 2024 di Bangkok di bawah projek yang sama, di mana bengkel tersebut telah mengenalpasti keperluan untuk pemantauan bersepadu (integrated surveillance) terutamanya aspek koordinasi, perkongsian data, tadbir urus, kawalselia selain daripada aspek pembiayaan dan kepakaran teknikal.
Malaysia telah terpilih sebagai negara pertama yang akan menjalankan bengkel ini, di mana hasil kerangka bagi One Health Integrated Surveillance ini akan menjadi penanda aras bagi negara-negara lain di rantau ini pada masa hadapan. Selain itu, penemuan daripada bengkel-bengkel ini akan membantu membentuk kumpulan kerja teknikal serantau bagi One Health Integrated Surveillance of AMR/AMU.
Bengkel ini melibatkan wakil dari sektor kesihatan manusia, haiwan (daratan dan akuatik), keselamatan makanan serta alam sekitar dari Technical Working Group 2 (Research & Surveillance) dan Technical Working Group 4 (Appropiate Use of Antimicrobials) di bawah National Antimicrobial Resistance Committee (NARC), serta pakar – pakar AMR dari FAO, WHO, WOAH dan Japan Institute of Health Security seramai 60 orang. Para peserta juga akan berpeluang untuk mendengar perkongsian daripada negara lain yang telah menjalankan integrated surveillance seperti Jepun, Kanada dan European Union semasa bengkel ini yang akan berlangsung daripada 21 sehingga 23 Mei 2025 di AC Hotel, Kuala Lumpur.







