Pada 24 April 2025 satu perbincangan bersama pihak Institut Penyelidikan Klinikal (ICR) telah diadakan secara atas talian berkaitan Kajian Projek Antimicrobial Resistance (AMR) – RACE Study.
Tujuan utama perbincangan diadakan adalah untuk:
- Membentangkan kertas kajian yang dicadangkan kepada pemegang taruh berkaitan pelaksanaan kajian dan metodologi yang digunakan.
- Mengenal pasti cabaran yang dihadapi dalam pengumpulan data dan pelaporan.
- Menyelaraskan kerjasama antara ICR dan fasiliti kesihatan terlibat.
- Membincangkan strategi bagi memastikan hasil kajian dapat dimanfaatkan untuk memperkukuh dasar AMR kebangsaan dan intervensi berasaskan bukti.
Perbincangan ini telah membuka ruang kerjasama yang lebih kukuh antara Institut Penyelidikan Klinikal (ICR) dan pemegang taruh berkaitan dalam usaha memperkukuh respons negara terhadap isu AMR. Diharapkan hasil kajian RACE Study ini bukan sahaja dapat menyumbang kepada penghasilan data yang lebih komprehensif, tetapi juga menjadi asas penting dalam penggubalan dasar dan pelaksanaan intervensi AMR yang lebih berkesan dan berdaya tahan di peringkat kebangsaan dan serantau.

