WPRO IPC webinar Session 3: “Post-workshop Reconnect and concrete progress updates”

WPRO IPC webinar Session 3: “Post-workshop Reconnect and concrete progress updates”

WHO Regional Office for the Western Pacific (WPRO) telah menganjurkan webinar “Post-workshop Reconnect and concrete progress updates” pada 10 Disember 2025. Webinar ini merupakan aktiviti susulan bagi bengkel Regional Workshop on Strengthening Infection Prevention and Control (IPC) in the Western Pacific Region yang telah diadakan pada September lalu dan dihadiri oleh Dr. Nor Farah binti Bakhtiar. 

Berdasarkan objektif bengkel yang terdahulu, iaitu untuk memperkukuh pelaksanaan IPC dan survelan HAI di peringkat nasional dan fasiliti kesihatan bagi negara-negara anggota WHO Rantau Pasifik Barat dan Asia Tenggara, termasuk negara-negara ASEAN, peserta dikehendaki untuk menilai penanda aras semasa dan membangunkan cadangan tindakan berasaskan bukti selaras dengan Global Action Plan and Monitoring Framework on IPC 2024–2030.

Negara-negara ahli yang terlibat telah berpeluang untuk menyampaikan pembentangan yang mengandungi tindakan-tindakan terkini IPC yang dilaksanakan di negara masing-masing. Menerusi aktiviti ini, semua wakil dapat menjalankan perbandingan dan penyesuaian menerusi platform rangkaian profesional yang disediakan oleh pihak WPRO. Dr. Nor Farah telah membentangkan pelan aktiviti IPC akan datang, terutamanya pembangunan pelan tindakan nasional, Malaysian Action Plan on IPC, MyAPIPC 2026-2030 semasa sesi webinar ini.