WORLD ANTIBIOTIC AWARENESS WEEK (WAAW) PERINGKAT NEGERI – ZON TENGAH

Sambutan Antimicrobial Awareness Week (AAW) 2022 peringkat Hospital Putrajaya

Sambutan Antimicrobial Awareness Week (AAW) 2022 peringkat Hospital Putrajayatelah diadakan bermula 23 November sehingga 25 November 2022 anjuran Jawatankuasa Antimicrobial Stewardship (AMS). Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah Virtual CME: Optimising Antibiotic Prescribing for Urinary Tract Infection (UTI) untukanggota kesihatan JKWPKL&P, Digital Treasure Hunt for Health Care Worker Hospital Putrajaya, CME bertajuk Optimising Antibiotic Prescribing yang dibuat secara atas talian dan bersemuka serta Edubooth untuk kakitangan dan pelawat Hospital Putrajaya. Edubooth melibatkan pameran dan aktiviti berkaitan kepentingan Hand Hygiene dan pengetahuan berkenaan penggunaan antibiotik mengikut peringkat umur. Permainan kahoot juga diselitkan semasa penyampaian CME peringkat hospital untuk menggalakkan penglibatan warga kakitangan hospital dalam AAW.

LAPORAN SAMBUTAN WORLD ANTIBIOTIC AWARENESS WEEK (WAAW) 2022 HOSPITAL
SELAYANG

Sambutan WAAW 2022 Peringkat Hospital Selayang telah diadakan pada 29 November 2022 dengan
tema “ Preventing Antimicroial Resistance Together”. Seramai 100 orang peserta dari semua kategori
jawatan telah bersama-sama memeriahkan acara tersebut. Program ini telah dirasmikan oleh Puan
Pengarah Hospital Selayang, Dr Afidah Bt Ali. Puan Pengarah menegaskan tentang kepentingan
penggunaan antibiotik yang sesuai dan tepat bagi mengelakkan kerintangan antibiotik dikalangan pesakit.
Persembahan multimedia dan montaj telah ditayangkan ketika program tersebut. Pautan persembahan
multimedia adalah seperti berikut https://youtu.be/pRslFlThUWM . Dua ceramah bertajuk Future of
AMS:Beyond COVID19 & Gram Negative Infection yang telah disampaikan oleh Pakar Penyakit
Berjangkit Dr Norjuliana dan wakil dari Pfizer. Terdapat juga pembukaan booth oleh Jabatan Farmasi
berkenaan Antibiotic Awareness beserta kuiz interaksi bagi para peserta.

Aktiviti World Antimicrobial Awareness Week 2022 Hospital Serdang Selangor

Majlis Perasmian World Antimicrobial Awareness Week (WAAW) 2022 Hospital Serdang telah diadakan pada 21th November 2022 dengan tema Preventing Antimicrobial Resistance Together dan dirasmikan oleh Dr Jeremy Rodney Davis, Timbalan Pengarah Perubatan Hospital Serdang. Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan termasuk pameran World Antimicrobial Awareness Week, di mana para pengunjung booth pameran boleh menyertai kuiz untuk memenangi pelbagai hadiah menarik. Selain daripada Kursus Antibiotic Awareness dan pertandingan poster, ceramah kesihatan turut dijalankan di ruang legar Lobi Hospital Serdang semasa Majlis Perasmian WAAW 2022.  Antibiotic pledge serta edaran antibiotic flipchart turut diadakan untuk memberikan kesedaran dan bersama-sama memerangi kerintangan antibiotik.

Jawatankuasa Antimicrobial Stewardship (AMS) telah ditubuhkan sejak tahun 2015 dan kini diterajui oleh Dr Abdul Raqib selaku pengerusi. Hasil rondaan antibiotik yang dijalankan secara konsisten iaitu pada setiap hari Khamis merupakan inisiatif AMS dalam memberikan kesedaran di kalangan preskriber, jururawat dan pegawai farmasi tentang kepentingan langkah pencegahan dalam mengawal infeksi dan lebih berhati-hati dalam memulakan antibiotik kepada pesakit. Don’t simply starts antibiotics just because the cultures has positive results, BUT please correlate with patients clinically. Semangat berpasukan yang baik pasti akan membuahkan hasil yang cemerlang. Ini terbukti apabila Hospital Serdangseringkali dijemput untuk sharing experience di pelbagai conference and congress. Tahniah diucapkan kepada AMS and Infection Control TEAM!