WORLD ANTIBIOTIC AWARENESS WEEK (WAAW) PERINGKAT NEGERI – ZON SABAH SARAWAK

LAPORAN WORLD ANTIBIOTICS AWARENESS WEEK (WAAW)

HOSPITAL KANOWIT

          Kursus minggu keselamatan pengubatan telah dijalankan selama dua hari iaitu pada 17.10.2022 (Isnin) hingga 18.10.2022 (Selasa). Pada hari pertama (17.10.2022) kursus, seramai 33 orang peserta yang menghadiri kursus. Manakala pada hari kedua (18.10.2022)  pula, seramai 32 orang yang telah menghadiri kursus.  Kursus telah dijalankan di Bilik mesyuarat, Hospital Kanowit.

            Pameran telah diadakan pada 19.10.2022. Seramai 79 orang telah menghadiri pameran tersebut.

Pameran tersebut dihadiri oleh kakitangan Hospital Kanowit, pesakit Hospital Kanowit, pengawal keselamatan Hospital Kanowit dan kakitangan MySalam.  Pameran tersebut bergabung dengan Unit Kawalan Infeksi (demo hand hygiene & PPE), Unit Promosi Kesihatan (penjagaan luka & wound dressing) dan Unit Farmasi ( penyimpanan ubat, penggunaan ubat). Pameran dijalankan di walkway Unit Xray.

LAPORAN AKTIVITI  KAWALAN INFEKSI HOSPITAL SRI AMAN II 2022

Minggu Kesedaran Antibiotik telah diadakan pada 5/10/22 hingga 7/10/22 di Koridor Utama, Hospital Sri Aman 2 oleh Unit Farmasi. Selari dengan tema WAAW 2022 iaitu ‘Preventing Antimicrobial Resistance Together’, objektif utama program ini adalah untuk mendidik masyarakat tentang pengambilan antibiotic secara berhemah dan mendidik staf hospital tetang kerintangan antibiotik. Pameran Kesedaran Antibiotik telah dibuat dan risalah antibiotik telah diedarkan kepada pengunjung pameran ini.

Dalam 3 hari tersebut, pameran ini telah menerima seramai 107 orang pengunjung yang terdiri daripada pesakit, keluarga pesakit dan staf hospital. Diharap masyarakat dapat memperoleh faedah daripada program ini dan unit farmasi akan terus mengadakan Minggu Kesedaran Antibiotik setiap tahun agar dapat meningkatkan kesedaran masyarakat.

SPREAD AWARENESS, STOP ANTIBIOTIC RESISTANCE!! CLEAN YOUR HANDS, & SAVE LIVES

Berikut adalah gambar-gambar aktiviti bersama dengan orang awam dan kakitangan Hospital Keningau, Sabah. 

LAPORAN AKTIVITI BERGAMBAR
SEMPENA MINGGU KESEDARAN ANTIBIOTIK
HOSPITAL / KK: HOSPITAL SEGAMAT