World Antimicrobial Resistance Awareness Week (WAAW) disambut setiap tahun dari 18 hingga 24 November bagi meningkatkan kesedaran mengenai kerintangan antimikrob (AMR) serta menggalakkan penggunaan antibiotik secara berhemah. Bagi tahun 2025, kempen peringkat kebangsaan memberi tumpuan kepada penyedia perkhidmatan kesihatan primer dengan tema “Act Now: Protect Our Present, Secure Our Future”.
Sebagai salah satu aktiviti utama WAAW 2025, Unit Kawalan Infeksi, Bahagian Perkembangan Perubatan, dengan kerjasama World Health Organization (WHO), European Union (EU), Malaysian Medical Association (MMA) dan Malaysian Society of Infection Control and Infectious Diseases (MyICID), telah menganjurkan webinar “Smart Prescribing, Safer Patients: Antimicrobial Stewardship (AMS) in Primary Care” pada 22 November 2025 (Sabtu) melalui platform Zoom dan YouTube Live.
Penganjuran ini turut disokong oleh ProtectHealth Corporation Sdn. Bhd., Academy of Family Physicians of Malaysia (AFPM), Pertubuhan Doktor-Doktor Islam Malaysia (PERDIM) serta Malaysian Family Medicine Specialists Association (FMSA).
Webinar dimulakan dengan ucapan aluan khas oleh YBhg. Datuk Dr. Mahathar bin Abd Wahab, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, diikuti ucaptama oleh Dr. Rabindra Abeyasinghe, Wakil WHO ke Malaysia, Brunei Darussalam & Singapura.
Sesi ilmiah merangkumi empat pembentangan utama oleh pakar:
📍 “The Bigger Picture of AMR – The Growing Global and National Burden of AMR” oleh YBhg. Dato’ Dr. Suresh Kumar Chidambaram, Koordinator National Antimicrobial Resistance Committee (NARC) & Pakar Perunding Kanan Penyakit Berjangkit
📍 “Common Pathways of Conditions Requiring Antibiotics: Standardising Clinical Algorithms for General Practice” oleh Dr. Rupinder Kaur Hardyal Singh, Pakar Perubatan Keluarga
📍 “Point-of-Care Tests (POCT) to Guide Antibiotic Prescribing: Focus on CRP Testing” oleh Dr. Sathya Rao Jogulu, Pakar Perubatan Keluarga
📍 “Safety Netting in Managing Patients Without Antibiotics” oleh Dr. Sham Su Lia, Pakar Perubatan Keluarga
Webinar diakhiri dengan sesi panel soal jawab interaktif yang dipengerusikan oleh Dr. Alif Adlan Mohd Thabit, Pakar Penyakit Berjangkit, yang menyediakan ruang interaktif untuk perbincangan mendalam serta penjelasan lanjut daripada para pakar.
Seramai hampir 400 peserta telah menyertai webinar ini melalui Zoom dan YouTube Live. Penganjuran ini bertujuan untuk:
📌 memperkasakan keputusan klinikal dalam kalangan pengamal perubatan primer
📌 meningkatkan amalan preskripsi berasaskan bukti
📌 menyokong usaha nasional dalam membendung AMR melalui pemerkasaan AMS
Bersama-sama, kita terus memperkukuh komitmen dalam menggalakkan preskripsi ubat yang berhemah, meningkatkan keselamatan pesakit, serta memastikan kelestarian rawatan untuk generasi akan datang.
“Act Now: Protect Our Present, Secure Our Future.”








