Tracking AMR Country Self-assessment survey (TrACSS) ialah tinjauan tahunan yang dijalankan untuk memantau kemajuan negara dalam pelaksanaan National Action Plan on AMR, dijalankan secara bersama oleh FAO, WOAH, WHO dan UNEP.
Berikutan pusingan baharu TrACSS 2025, AMR National Action Plans and Monitoring Unit di Ibu Pejabat WHO telah menjalankan refresher training berkaitan pengisian TrACSS yang dijalankan secara atas talian pada 12 Mac 2025. Unit Kawalan Infeksi selaku focal point on AMR bagi Malaysia telah berpeluang untuk menyertai sesi webinar tersebut bersama focal point AMR dari negara-negara dalam Western Pacific Region (WPRO).
Sepanjang webinar ini, WHO telah:
- Memberikan gambaran keseluruhan aliran kerja bagi penugasan pengguna dan pengisian tinjauan;
- Menyorot perubahan utama dalam soal selidik TrACSS 2025;
Penyertaan semua wakil dari negara WPRO amat penting bagi memastikan pelaksanaan TrACSS 2025 berjalan dengan lancar dan berjaya.


