Pada 8 Mei 2025, Malaysia telah mempengerusikan Special ASEAN Senior Officials’ Meeting on Health Development (SOMHD) Meeting for the Development of Post-2025 Work Programmes yang diwakili oleh Pengarah Bahagian Perkembangan Kesihatan Awam, Kementerian Kesihatan Malaysia. Mesyuarat ini telah dihadiri secara dalam talian oleh Dr Sara Sofia Yahya selaku Focal Point bagi IPC dan Dr Farah Syazana Aspar selaku Focal Point bagi AMR untuk Health Priority 11: Combating antimicrobial resistance (AMR) dalam ASEAN Health Cluster 2: Responding to All Hazards and Emerging Threats. Mesyuarat ini dijalankan untuk membincangkan Review of the ASEAN Post-2015 Health Development Agenda (APHDA) 2021 – 2025 Work Programme.
Review of APHDA 2021-2025 telah dijalankan pada tahun 2024 dengan penghasilan laporan Executive Summary APHDA 2021-2025. Mesyuarat ini telah membentangkan penemuan, kelemahan dalam tindak balas kesihatan awam di peringkat rantau dan negara ahli (ASEAN Member States, AMS) cabaran pelaksanaan aktiviti seterusnya cadangan penambahbaikan sepertimana dalam laporan. Laporan ini juga telah mengenalpasti komitmen dalam jalinan kerjasama antara AMS serta peranan ASEAN Secretariat yang penting dalam mengelola dan menyokong pelaksanaan aktiviti APHDA 2021-2025.
Antara cabaran yang dikenalpasti adalah sumber dan kapasiti yang terhad, selain daripada cabaran dalam memastikan koordinasi dalam kerjasama yang dijalankan dalam mencapai sasaran prestasi yang terdiri daripada 51 Key Performance Targets, KPT merentasi sektor dan pemegang taruh. Langkah strategik yang dicadangkan adalah melaksanakan aktiviti berdasarkan keutamaan “priorities of priorities”, memperkukuh penyelidikan, mengaplikasikan inovasi dan teknologi serta mengenalpasti rakan strategik di kalangan sektor awam dan swasta.
Hasil perbincangan pada hari ini akan memberi panduan dalam penyediaan draf APHDA 2026-2030 yang akan dibentangkan semasa 19th ASEAN SOMHD and related Meetings pada pertengahan tahun 2025.

