Unit Kawalan Infeksi, CKPP bersama IMR dan ISR telah dijemput untuk berkolaborasi dengan pasukan penyelidik dari IMU dalam pembangunan cadangan penyelidikan untuk program e-ASIA Joint Research Program (JRP) yang memfokuskan kepada AMR Surveillance berasaskan Artificial Intelligence (AI). Projek ini akan memberi tumpuan khusus kepada Streptococcus pneumoniae (Spn) di Malaysia, Indonesia, dan berpotensi diperluaskan ke Australia.
Cadangan ini bakal menggunakan data daripada kajian MY-Pneumo, iaitu satu kajian pediatric pneumococcal carriage yang sedang dijalankan di Malaysia, sebagai asas kepada pembangunan alat pengawasan yang mengintegrasikan data genomik dan tren epidemiologi Spn dalam kalangan kanak-kanak.
Kajian MY-Pneumo ialah satu kajian multicentre prospective case–control yang sedang dijalankan sejak Oktober 2021 di tiga lokasi sentinel – Kuala Lumpur, Pahang dan Kelantan. Ia melibatkan sekurang-kurangnya 500 kes pneumonia berumur bawah lima tahun yang dimasukkan ke hospital serta 500 kanak-kanak sihat sebagai kawalan, yang dipadankan mengikut umur.
Sampel klinikal termasuk swab nasofarinks dan air kencing diambil daripada semua peserta, manakala cecair biologi seperti darah, cecair serebrospinal (CSF), dan cecair pleura dikumpulkan daripada pesakit invasive pneumococcal disease (IPD) jika ada. Ujian PCR dan ujian antigen urin pneumokokal (PUAT) turut dijalankan.
Data daripada kajian ini akan memberi gambaran tentang kadar carriage, variasi serotype, serta struktur filogenetik Spn dalam kalangan kanak-kanak semasa pelaksanaan Program Imunisasi Nasional (NIP) dengan vaksin PCV10. Penemuan ini penting untuk menyokong keputusan dasar kesihatan awam, termasuk penilaian terhadap keberkesanan PCV10 dan potensi pertukaran kepada vaksin pneumokokal yang mempunyai valency lebih tinggi.Integrasi pendekatan AI dalam AMR Surveillance ini dijangka dapat mempertingkatkan pemantauan terhadap pola rintangan, memudahkan respon kesihatan awam yang lebih tepat, dan mengukuhkan kerjasama serantau dalam bidang AMR.
