Sesi Pembentangan Produk Pembersihan Dan Pembasmian Kuman, Umonium38

Pada 17 April 2025, Unit Kawalan Infeksi telah menghimpunkan wakil-wakil KKM yang terdiri daripada Malaysian Health Technology Assessment Section, MaHTAS, Cawangan Penilaian Teknologi Kesihatan, Pakar Perubatan Patologi (Mikrobiologi) Hospital Tunku Azizah, Central Sterile Supply Department Hospital Putrajaya, Bahagian Kejururawatan, Bahagian Amalan & Perkembangan Farmasi dan Pihak Berkuasa Peranti Perubatan bagi membincangkan produk Produk Pembersihan Dan Pembasmian Kuman, Umonium38 daripada Syarikat Nay Lab Sdn. Bhd.

Ini adalah susulan daripada permohonan daripada syarikat tersebut untuk memperkenalkan produk yang menggunakan teknologi terbaharu dalam industri daripada Belgium(Laboratoire Huckert’s International) yang menggunakan Benzalkonium Chloride sebagai salah satu bahan aktif untuk diperakui sebagai High Level Disinfectant, seterusnya melayakkan perolehan produk tersebut di hospital-hospital KKM.

Pelbagai persoalan dan input daripada kedua-dua belah pihak telah dibincangkan semasa sesi pembentangan tersebut yang turut dipersembahkan dengan demonstrasi ujian Point of Care Testing  bagi pembasmian kuman, iaitu Mobile Flow Cytometer, CytoQuant oleh syarikat Premier Diagnostics Sdn. Bhd.

KKM telah turut mencadangkan agar maklumat mengenai ujian klinikal disertakan bersekali permohonan pihak syarikat, selaras dengan pembangunan polisi semasa yang berdasarkan bukti saintifik (Evidence-based). Susulan pembentangan ini, Unit Kawalan Infeksi telah menyelaras input teknikal daripada jabatan yang berkenaan bagi tujuan penyediaan maklum balas rasmi kepada pihak syarikat.