9-12 Mei 2023, Bangkok, ThailandWakil dari Unit Kawalan Infeksi, Cawangan Kualiti Penjagaan Perubatan, Bahagian Perkembangan Perubatan KKM bersama wakil dari Bahagian Keselamatan Makanan, KKM dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan telah mewakili Malaysia bagi mengikuti Regional Better Training for Safer Food (BTSF) Training Workshop on Prevention, Monitoring and Control of Antimicrobial Resistance (AMR) with a ‘One Health’ approach. Program ini dibiayai oleh European Commission dan dijalankan di Bangkok, Thailand pada 9-12 Mei 2023. Objektif utama latihan ini adalah untuk memberi sokongan terhadap strategi dan tindakan dalam menggalakkan dan mengukuhkan penggunaan antimikrobial secara berhemah dan memantau kerintangan antimikrobial, dalam sektor veterinar, keselamatan makanan, kesihatan awam dan alam sekitar, mengukuhkan penglibatan dan kerjasama dengan organisasi antarabangsa, serta mempergiatkan kerjasama dengan negara-negara di luar Kesatuan Eropah mengenai Kerintangan Antimikrob dari perspektif ‘One Health’.