Roundtable Discussion on Antimicrobial Stewardship (AMS) Policy Dialogue baru-baru ini telah membincangkan isu kadar penggunaan antibiotik yang didapati tinggi di peringkat komuniti. Susulan itu, NARC perlu merangka tindakan bersasar bagi meningkatkan amalan preskripsi antibiotik secara berhemah, salah satunya dalam kalangan penyedia perkhidmatan kesihatan swasta.
Bagi tujuan ini, National Antimicrobial Resistance Committee (NARC) telah membuat perbincangan lanjut dengan Bahagian Amalan Perubatan bagi membincangkan strategi pelaksanaan AMS di sektor swasta. Perbincangan untuk memperhalusi cadangan mempromosikan AMS di klinik perubatan swasta telah berjaya dijalankan secara hybrid bersama Human Health Coordinator NARC, bertempat di Bilik Mesyuarat CPRC Perkhidmatan Hospital pada 28 November 2025 dan dihadiri oleh Timbalan Pengarah CPRSK, wakil daripada Cawangan Kawalan Amalan Perubatan Swasta dan Cawangan Penggubalan Akta.



