PERBINCANGAN INFECTION PREVENTION AND CONTROL CREDENTIALING FRAMEWORK FOR MEDICAL OFFICERS IN MINISTRY OF HEALTH MALAYSIA

PERBINCANGAN INFECTION PREVENTION AND CONTROL CREDENTIALING FRAMEWORK FOR MEDICAL OFFICERS IN MINISTRY OF HEALTH MALAYSIA

Pada 3 Mac 2025, suatu perbincangan dalam talian telah diadakan bersama ahli-ahli Jawatankuasa Kawalan Infeksi dan Antibiotik Kebangsaan (JKKIAK) bagi memperhalusi kertas cadangan Infection Prevention and Control Credentialing Framework for Medical Officers in Ministry of Health Malaysia.

Perbincangan ini merupakan susulan daripada mesyuarat sebelum ini yang diadakan pada 5 September 2024, yang telah mengenalpasti keperluan untuk mewujudkan Sekretariat Credentialing bagi Pegawai Perubatan Kawalan Infeksi di peringkat Bahagian Perkembangan Perubatan, terma rujukan bagi semua pihak yang serta proses kerja yang terlibat dalam proses credentialing tersebut. 

Proses credentialing bagi Pegawai Perubatan dalam bidang pencegahan dan kawalan infeksi ini merupakan langkah pertama ke arah pembangunan kurikulum di peringkat kebangsaan yang selaras dengan keperluan WHO, seperti yang digariskan dalam WHO Global Action Plan and Monitoring Framework on IPC, 2024-2030 dan WHO’s Core Competencies for Infection Prevention and Control Professionals.Diharapkan dengan pembangunan Modul credentialing Pegawai Perubatan dalam bidang pencegahan dan kawalan infeksi ini merupakan langkah pertama dalam pembangunan kurikulum di peringkat kebangsaan untuk pegawai perubatan yang menetapkan kemahiran asas dengan penyediaan latihan dalam perkhidmatan yang seragam dan berstruktur kepada pegawai perubatan yang berkhidmat di unit kawalan infeksi di hospital KKM.