Online Consultative Meeting on ASEAN One Health Joint Plan of Action 

Pada 23 Jun 2025, OH JPA ASEAN telah dibentangkan dan diharmonikan dalam mesyuarat Online Consultative Meeting on ASEAN One Health Joint Plan of Action (Medium Term 2025-2030) yang diterajui oleh Indonesia selaku lead pada 23 Jun 2025. 

ASEAN One Health Joint Plan of Action merupakan dokumen pelan tindakan yang dibangunkan susulan daripada ASEAN Leader’s Declaration on One Health Initiative pada 10 Mei 2023 yang dipersetujui dalam 42nd ASEAN Summit di Indonesia, suatu bentuk komitmen bersama ASEAN Member States (AMS) untuk memperkukuh keupayaan serantau dan kebangsaan dalam menangani kesihatan manusia, haiwan (ternakan dan hidupan liar), tumbuhan, dan alam sekitar yang saling bergantung, termasuk isu keselamatan makanan dan kerintangan antimikrob (Antimicrobial resistance, AMR).

ASEAN One Health Network (AOHN) telah diberi mandat untuk mengenal pasti keutamaan-keutamaan baharu bagi menggerakkan agenda One Health di rantau ini. Ini dilaksanakan melalui pengemaskinian dari semasa ke semasa OH JPA ASEAN bagi memastikan ia relevan, responsif dan mempunyai nilai strategik sejak ia mula dibangunkan pada tahun 2023 dengan kerjasama rapat bersama rakan-rakan strategik, termasuk Sekretariat Quadripartite (WHO, FAO, WOAH, UNEP) dan UK Health Security Agency (UKHSA). 

Dengan mengambilkira input daripada SOMHD Focal Points, AHC 2 & AHC 4 Chairs, ACPHEED Host Countries and ARAC Secretariat, ASEAN Contact Points for Antimicrobial Resistance, Nominated AOHN Members, ASEAN Sectoral Bodies, Centres serta partners, dokumen yang dikemaskini hasil mesyuarat ini akan dibentangkan semasa Mesyuarat Penyelarasan Pelaksanaan Mesyuarat Serantau Rangkaian One Health ASEAN Pertama yang akan datang.