Mesyuarat UVGI for Presentation of Baseline & Quarter Surveillance Findings telah diadakan pada 8 September 2025 secara atas talian, dari 10.30 pagi hingga 12.30 tengah hari, melibatkan penyelidik dan wakil daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (MOH), Agensi Nuklear Malaysia, serta Hospital Kuala Lumpur, Hospital Sungai Buloh dan Hospital Putrajaya yang terlibat dalam pelaksanaan kajian.
Mesyuarat ini memberi tumpuan kepada pembentangan dapatan asas dan pemantauan suku tahun pertama bagi projek penyelidikan bertajuk “Eradication of Fomite Transmission of Multidrug-Resistant Organisms (MDROs) via Deployment of Rapid UVGI Disinfection Chamber in Malaysian Hospitals.”
Hasil perbincangan menunjukkan kemajuan positif dalam penggunaan teknologi UVGI (Ultraviolet Germicidal Irradiation) bagi meningkatkan keberkesanan proses disinfeksi permukaan dan persekitaran hospital.
Mesyuarat ini memperkukuh kolaborasi antara MOH, Agensi Nuklear Malaysia dan hospital-hospital terlibat dalam usaha memperluas inovasi teknologi untuk mempertingkatkan kawalan jangkitan di fasiliti kesihatan negara.


