Pada 3 September 2025, Unit Kawalan Infeksi CPRSK telah dijemput untuk turut hadir dalam Mesyuarat Subkepakaran Penyakit Berjangkit Bagi Memperkukuhkan Pengurusan Pesakit Human Immunodeficiency Virus (HIV), Aktiviti Antimicrobial Stewardship (AMS) dan Pengendalian Jangkitan Multi-Drug-Resistant Gram-Negative Bacteria (MDR-GN) bertempat di PICC, Putrajaya.
Bagi memastikan aktiviti bagi tahun 2026-2027 berjalan dengan lancar dan berkesan, mesyuarat ini merancang program strategik bagi meningkatkan pengurusan pesakit HIV, menyelaras aktiviti AMS dan membangun modul latihan bagi pengurusan jangkitan MDR-GN.
Dalam mesyuarat tersebut itu juga, UKI, CPRSK telah terlibat dalam salah satu kumpulan kerja yang ditugaskan untuk pembangunan modul latihan pegawai yang terlibat secara langsung dalam perawatan klinikal pesakit jangkitan GN-MDRO, dengan sasaran meningkatkan kefahaman peserta mengenai mekanisme kerintangan antimikrobial, memperkasa peserta dengan ilmu pengurusan klinikal jangkitan GN-MDRO melalui panduan klinikal berasaskan bukti, menambah pengetahuan peserta mengenai pengukuhan amalan pencegahan dan kawalan infeksi (IPC) bagi mengurangkan penularan GN-MDRO di fasiliti kesihatan.

