Pada 22 Ogos 2025, telah diadakan mesyuarat post-mortem secara atas talian bagi 7th National Wound Care Conference 2025 yang berlangsung pada 14 hingga 16 Julai 2025 di Setia SPICE Convention Centre, Pulau Pinang. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh pihak pengurus persidangan, Dreamz Productions Events Management Sdn. Bhd.
Dalam sesi ini, pihak Dreamz telah membentangkan laporan meliputi aspek pendaftaran peserta, penghantaran abstrak, penyertaan rakan industri, maklum balas daripada peserta serta cadangan penambahbaikan. Sementara itu, pihak sekretariat turut membentangkan laporan berkaitan kewangan persidangan.
Mesyuarat ini turut dihadiri oleh Unit Kawalan Infeksi selaku sekretariat Jawatankuasa Penjagaan Luka Kebangsaan, Pengerusi dan ahli Jawatankuasa Penjagaan Luka Kebangsaan, serta wakil daripada Jawatankuasa Penganjur Tempatan, Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang.
Mesyuarat ini diadakan sebagai platform untuk menilai kekuatan dan kelemahan penganjuran serta menggariskan penambahbaikan bagi memastikan kelancaran dan kejayaan persidangan pada masa akan datang.

