MESYUARAT PERSEDIAAN MALAYSIAN ACTION PLAN ON AMR 2022 – 2026

Dalam usaha untuk mengekang kejadian kerintangan antimikrob di negara ini, Malaysian Action Plan on Antimicrobial Resistance (MyAP-AMR) 2022 – 2026 sedang dibangunkan. Pembangunan pelan tindakan ini adalah bagi meneruskan dan memantapkan strategi dan aktiviti yang telah digariskan di dalam pelan tindakan pertama MyAP-AMR 2017 – 2021.

Satu mesyuarat membincangkan rangka kerja pembangunan pelan tindakan MyAP-AMR 2022 – 2026 telah diadakan pada 25 Julai 2022 bertempat di Bilik Seminar 1, Hospital Pengajar UPM yang dihadiri oleh wakil dari Jabatan Perikanan, Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Bahagian Amalan dan Perkembangan Farmasi, Institut Penyelidikan Perubatan dan dari Program Keselamatan dan Kualiti Makanan