Mesyuarat POA 2026 with IPC Coordinators telah berjaya menghimpunkan Koordinator Kawalan Infeksi (IPC) negeri dari seluruh negara bagi membincangkan hala tuju strategik program IPC dan AMR untuk tahun 2026. Sesi ini menjadi platform penting untuk penyelarasan perancangan, perkongsian maklumat serta pengukuhan kerjasama antara peringkat kebangsaan, negeri dan fasiliti kesihatan.
Perbincangan merangkumi perancangan utama aktiviti surveilan dan program IPC/AMR, termasuk kesinambungan pemantauan hand hygiene, pelaksanaan kajian point prevalence, serta pelaksanaan bengkel dan mesyuarat berkaitan di peringkat kebangsaan sepanjang tahun hadapan. Penekanan turut diberikan kepada kepentingan penggunaan data sebagai asas tindakan dan penambahbaikan berterusan.
Mesyuarat ini turut memberi tumpuan kepada keperluan pelaksanaan penilaian asas (baseline assessment) dan analisis Strengths, Weaknesses, Opportunities and Threats (SWOT) di peringkat negeri sebagai langkah awal ke arah pembangunan Malaysia Action Plan on Infection Prevention and Control (MyAPIPC). Pendekatan berstruktur menggunakan Infection Prevention and Control Assessment Framework (IPCAF) dan Hand Hygiene Self-Assessment Framework (HHSAF) telah dibincangkan bagi memastikan penilaian yang komprehensif terhadap kekuatan, jurang dan keperluan pelaksanaan program IPC di peringkat fasiliti.
Penglibatan perkhidmatan penjagaan kesihatan primer turut ditekankan bagi memastikan penilaian situasi yang menyeluruh merangkumi keseluruhan sistem penjagaan kesihatan, selaras dengan keperluan pelan tindakan IPC di peringkat kebangsaan dan global.
Selain itu, ahli mesyuarat turut dimaklumkan mengenai inisiatif program privileging Pegawai Perubatan IPC yang bertujuan memperkukuh kapasiti klinikal, profesionalisme dan kelestarian peranan IPC di fasiliti kesihatan. Program ini dijangka menjadi satu langkah penting dalam memperkasakan tenaga kerja IPC secara lebih sistematik dan berstruktur.
Secara keseluruhan, mesyuarat ini mencerminkan komitmen berterusan Kementerian Kesihatan Malaysia dan rakan strategik dalam memperkukuh sistem pencegahan dan kawalan jangkitan negara, ke arah penjagaan kesihatan yang lebih selamat, berkualiti dan mampan.

