Mesyuarat Pemasangan/Pelaksanaan Sistem Ultraviolet Germicidal Irradiation (UVGI) bagi tujuan Pembasmian Mikroorganisma dan Kulat di dalam Sistem Penghawa Dingin di Hospital KKM Bil 3/2025

Daripada sudut kawalan infeksi dalam perancangan dan reka bentuk hospital, sistem pengudaraan untuk fasiliti kesihatan hendaklah berupaya untuk mengurangkan risiko jangkitan melalui udara. Sistem ini hendaklah mampu mengurangkan masa pendedahan kepada mikroorganisma yang dihasilkan dalam sesuatu ruang bagi memastikan keselamatan kakitangan perubatan dan pesakit. Salah satu teknologi yang mula diperkenalkan di hospital KKM ialah sistem pengudaraan yang dilengkapi dengan Ultraviolet Germicidal Irradiation (UVGI). 

Susulan penghasilan draf dokumen Specification For Installation of Ultraviolet Germicidal Irradiation (UVGI) Within Heating, Ventilation, and Air Conditioning (HVAC) Systems In MOH Hospitals and Medical Institutions pada 27 Ogos 2025 yang lalu dengan kerjasama JKR dan Agensi Nuklear Malaysia, UKI, CPRSK telah dijemput untuk memberikan pembentangan dalam Mesyuarat Pemasangan/Pelaksanaan Sistem Ultraviolet Germicidal Irradiation (UVGI) Bagi Tujuan Pembasmian Mikroorganisma dan Kulat Di Dalam Sistem Penghawa Dingin Di Hospital KKM Bil.3/2025 yang dipengerusikan oleh Pengarah Bahagian Perancangan KKM bertempat di Bilik Mesyuarat Pusat Informatik Kesihatan, Blok E7, Ibu Pejabat KKM, Putrajaya. 

Pembentangan ini membincangkan dengan lebih lanjut spesifikasi yang akan dikemaskini dalam Medical Brief of Requirements bagi perancangan hospital KKM dengan input daripada Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan KKM. Pemuktamadan spesifikasi ini seterusnya akan dibentangkan ke pihak pengurusan tertinggi bagi keputusan mengenai penggunaan teknologi tersebut dalam projek naik taraf dan pembinaan hospital baru KKM.