Mesyuarat National Antimicrobial Resistance Committee (NARC)

10 April 2023 – Unit Kawalan Infeksi, Cawangan Kualiti Penjagaan Perubatan telah menganjurkan Mesyuarat National Antimicrobial Resistance Committee (NARC) yang telah dipengerusikan bersama oleh Ketua Pengarah Kesihatan dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar. Mesyuarat ini telah dihadiri oleh pelbagai Kementerian termasuk Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Kementerian Pertahanan Malaysia serta Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim. Turut menghadiri mesyuarat ini adalah wakil – wakil dari universiti serta badan-badan professional dari kesihatan manusia serta kesihatan haiwan dan badan NGO.

Mesyuarat tersebut telah berbincang mengenai pencapaian pelan kebangsaan yang terdahulu serta strategi-strategi yang baru seperti yang telah digariskan di dalam pelan tindakan kedua iaitu Malaysian Action Plan on AMR (MyAP-AMR) 2022 – 2026. Di antara inisiatif baharu di dalam pelan tindakan kedua termasuk penglibatan sektor alam sekitar, kesihatan tumbuhan serta pengukuhan aktiviti Antimicrobial Stewardship iaitu pengawasan antimikrobial di dalam kesihatan manusia dan kesihatan haiwan. Selain daripada itu, mesyuarat turut membangkitkan isu terkini serta tanggungjawab yang perlu diambil oleh setiap kementerian yang berkaitan bagi menangani isu AMR secara holistik di negara ini.